Elak “MABUK DARAT”
(Versi Melayu)
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my
WALAUPUN sering melakukan perjalanan jauh terutama menaiki kenderaan, mabuk darat sememangnya tidak dapat dielakkan.
Jika mabuk darat memberi impak kepada ‘mood’ bercuti kepada orang dewasa, kanak-kanak apatah lagi. Yang menjadi mangsa dan perlu menghadapi ragam si kecil pula yang mabuk ialah anda ibu bapa.
Justeru, bagi mengelakkan anda tidak keruan semasa bercuti kerana mabuk di samping melayang telatah si kecil, tip kali ini mungkin dapat membantu.
1) Bagi yang sering mabuk darat, jangan lupa makan ubat mabuk sejam sebelum perjalanan.
2) Hindari aktiviti membaca terlalu lama ketika dalam perjalanan.
3) Dengarkan alunan muzik yang disukai. Muzik yang tidak disukai atau rasa membosankan juga dapat menimbulkan rasa mual. Biarlah muzik itu tenang dan tidak terlalu kuat.
4) Pastikan anak duduk searah perjalanan. Ajar anak untuk melihat pemandangan di kejauhan seperti gunung atau sawah padi.
5) Hindari makanan pedas dan berminyak sebelum dan ketika dalam perjalanan. Usahakan juga supaya perut tidak terlampau kenyang sebelum atau semasa perjalanan.
6) Ambillah masa untuk berhenti rehat di beberapa perhentian terutama dalam perjalanan yang jauh.
7) Pastikan air kosong yang dibawa mencukupi sepanjang perjalanan.
8) Jika menaiki kereta MPV yang memiliki tiga baris kerusi, pilihlah baris kedua yang kurang terhuyung-hayang.
9) Jauhkan asap rokok daripada anak-anak kerana selain mengganggu saluran pernafasan, ia juga membuatkan anak mual.
No comments:
Post a Comment