CORETAN SEJARAH 2010
21/3/2010
yanie Mentor Meninggal Dunia
Berita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur, jam 1.15 tengahari pada 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan akan dikebumikan esok di Kampung Sembulan Lama.
Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter mengatakan bahawa beliau telah mendapat panggilan berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.
17/4/2010
SEREMBAN, 17 APRIL 2010: Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, telah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang jam 6 petang tadi.
jun/2010
Afrika selatan sebagai tuan rumah Piala Dunia. Menyaksikan Sepanyol juara FIFA 2010.
26/7/2010
kitar Pengebumian Pengarah Yasmin Ahmad
Jenazah Pengarah Yasmin Ahmad disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya
SUBANG JAYA: Jenazah pengarah filem dan iklan terkenal, Allahyarhamah Yasmin Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum waktu Zohor sebentar tadi. Sebelum itu jenazah arwah Yasmin Ahmad telah dibawa ke masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang Jaya untuk dimandikan dan disembahyangkan, yang diketuai oleh Imam Ustaz Ahmad Salim dan bilal Ustaz Mohamad Soen.
29/8/2010
Provokasi Bendera (Ganyang Malaysia) berlaku di Indonesia atas alasan penahanan nelayan & dera orang gaji Indonesia
13/9/2010
Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.
17 sept 2010
M Rajoli meninggal dunia
Al-Fatihah buat M. Rajoli yang telah disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor pada pukul 10.45 malam semalam (17 sept 2010).. M Rajoli meninggal dunia akibat kanser di kelenjar otak atau lymphoma yang dideritainya sejak tiga tahun yang lalu.. Jenazah Allahyarham M Rajoli akan dikebumikan sebelum zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur..
10/10/2010
Nahas Bas Ekspress Delima di Plaza Tol Simpang Ampat Km 223 Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan berlaku jam 7.12 malam apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van. Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.
Setakat tengah malam tadi, jumlah sebenar mangsa belum dikenal pasti kerana semua yang terbabit sama ada yang meninggal dunia dan cedera, termasuk parah dihantar ke hospital.
7/11/2010
FENOMENA La Nina menyebabkan Kedah dan Perlis hampir lumpuh apabila berdepan banjir teruk bulan lalu.
BANJIR besar yang melanda Kedah dan Perlis dikatakan berpunca daripada fenomena La Nina selain angin kencang dan hujan lebat yang membawa hujan melebihi keadaan biasa bagi tempoh empat bulan bermula November.
Banjir itu yang menenggelamkan puluhan ribu rumah penduduk termasuk rumah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan yang terburuk sejak lima tahun lalu.
11 NOV 2010
KUALA LUMPUR,: Vokalis kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad atau lebih dikenali dengan nama Shamrin,43, telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.40 petang tadi.
Penyanyi lagu Di Alam Fana Cinta yang baru saja menjadi artis naungan syarikat rakaman Alibi Music itu dilaporkan jatuh rebah sewaktu dia bermain bola sepak di padang bola kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, punca kematian Shamrin masih belum dapat dikenal pasti kerana sebelum ini penyanyi yang bersuara lantang ini tidak pernah dilaporkan mengalami sebarang sakit.
Portal hiburan murai.com.my dimaklumkan, sewaktu kejadian berlaku, Shamrin sedang bermain bola sepak bersama artis-artis termasuklah Shah Slam.
20/12/2010
27 nyawa yang terkorban semasa nahas di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland.
Nahas paling ngeri
Percutian sekumpulan 35 pelancong warga Thailand ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar menjadi tragedi apabila 25 daripada mereka maut manakala 10 lagi parah dalam nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini.
Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan (gambar), 48, dan Soontorn Kian, 38, pemandu pelancong berketurunan Siam.
Ketika kejadian, terdapat seramai 37 orang dalam bas tersebut. Seramai 15 yang terbunuh dalam nahas itu adalah wanita manakala selebihnya 12 orang lelaki.
Dengan angka 27 kematian itu, nahas tersebut disifatkan terburuk dalam sejarah nahas kemalangan jalan raya di negara ini.
Ia meragut paling banyak nyawa selepas kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang, Perak, meragut 21 nyawa dan mencederakan lapan yang lain pada 13 Ogos 2007.
29/12/2010
Penantian Malaysia Berakhir Setelah 14 Tahun bagi Piala Suzuki AFF.
JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.
Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sana malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.
No comments:
Post a Comment